SEJAK kecil, lelaki ini sering melihat bapanya menganyam anyaman bercorak (kelarai) daripada pelepah pokok bertam untuk dijadikan dinding rumah. Pemerhatian itu lama-kelamaan menyemai minat yang mendalam kepadanya untuk mempelajari seni anyaman bertam. Bahkan, mencari pelepah bertam yang hidup liar di kawasan hutan tanah kering bersama bapanya sudah satu kelaziman. Kira-kira pukul 8 pagi, Mohd. Azmi Mohd. Nupiah dan bapanya, Mohd. Nupiah Hamid sudah masuk ke hutan dengan berjalan kaki. Berbekalkan…










