Siasatan kes Farish hampir selesai - Utusan Malaysia

Siasatan kes Farish hampir selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung kes rakaman video bawah skirt seorang wanita di sebuah premis cermin mata di Solaris Dutamas, di sini pada 9 September lalu akan dihantar ke pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat.

MAZLAN

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihak­nya kini sedang melengkapkan kertas siasatan itu sebelum tindakan seterusnya boleh diambil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pendakwaan akan dilakukan dalam masa terdekat selepas kertas siasatan dihantar ke pejabat Peguam Negara.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini semalam.

Kosmo! pada 9 September lalu melaporkan, seorang kakitangan wanita sebuah premis cermin mata berti­ndak membuat laporan polis terhadap seorang lelaki yang me­ngiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman selepas didakwa merakam video dari bawah skirt wa­nita terbabit.

Susulan kejadian itu, Mohd. Azis bertindak memecat serta-merta pegawainya, Mohd. Farish Hussain, 47, sebelum dia ditahan bagi membantu siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini