KUALA LUMPUR – Portal aplikasi e-dagang terkemuka, Shopee Mall berjaya mencatatkan pertumbuhan penyertaan pelbagai jenama iaitu sebanyak 86.7 peratus sepanjang setahun beroperasi.
Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho, pertumbuhan positif ini didorong oleh pembeli kerana sentiasa memberi sokongan berterusan dan yakin dengan produk yang dijual di Shopee Mall.
“Selain itu, bilangan jenama yang terdapat di Shopee Mall juga meningkat iaitu sebanyak 560 jenama berbanding 300 jenama pada tahun lalu.
“Justeru, bagi meraikan para pelanggan, kami bakal mengadakan Festival Jenama Super bermula 24 hingga 27 September ini dengan menampilkan pelbagai jenama besar seperti Watsons, Kellogs, Olay dan Asus,” katanya dalam satu kenyataan.
Ian turut memberitahu, sebanyak 560 jenama bakal mengadakan promosi istimewa sempena ulang tahun ke pertama Shopee Mall pada 27 September nanti.
Tambahnya, Shopee akan terus menawarkan promosi dan diskaun istimewa bagi menghargai sokongan padu yang diberikan oleh para pelanggan.
Untu maklumat lanjut mengenai promosi dan diskaun yang ditawarkan, orang ramai boleh melayari https://shopee.com.my/ atau muat turun aplikasi di Apple Store dan Google Play Store. – K! ONLINE











