TULAR apabila menyanyikan lagu saduran Kun Anta dendangan asal Humood AlKhudher sekitar tiga tahun lalu bagaimanapun tidak menjanjikan laluan mudah buat penyanyi, Sheryl Shazwanie. Sepanjang tempoh berkenaan, dia sudah meluncurkan beberapa buah single seperti Hati-Hati Dengan Cinta, Potret Lebaran, Teratai Cinta dan terbaharu single berjudul Perasaan ciptaan Room None serta lirik ditulis oleh Iman Imran. Mengakui penerimaan peminat terhadap kerjaya nyanyiannya masih perlahan, Sheryl bagaimanapun tidak pernah berputus asa dan…










