Shahidan sedia pulihkan kembali pasukan Singa Utara  - Utusan Malaysia

Shahidan sedia pulihkan kembali pasukan Singa Utara 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim bersedia kembali menerajui Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) yang kini menghadapi kemelut berhubung tunggakan gaji berjumlah RM461,500 melibatkan 29 pemain.

Shahidan dengan nada tegas berkata, kemelut kewangan yang melanda pasukan Perlis bukan satu perkara baharu namun tiada pihak yang berjumpa dan berunding dengannya untuk mencari jalan penyelesaian.

“Ini sebenarnya merupakan Manifesto Barisan Nasional (BN) Negeri dan janji saya sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu untuk memulihkan PFA.

“Saya sedia kembali menerajui PFA namun, setakat ini tiada mana-mana pihak yang datang untuk mempelawa.

“Saya tidak boleh menonjol kerana takut nanti (pengurusan PFA) kata pandai-pandai pula,” katanya ketika ditemui pemberita di Yayasan Pok Kassim di sini hari ini.

Shahidan
Shahidan

 

Shahidan pernah menjadi Presiden PFA yang semasa kepimpinannya, pasukan Perlis berjaya menjuarai Piala Malaysia pada 2004 dan 2008.

Namun, kini pasukan Singa Utara itu beraksi dalam Kumpulan B Liga FAM dan prestasi setakat ini tidak menunjukkan potensi kembali ke Liga Premier. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN