KUALA LUMPUR – Peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas empat pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM9.5 juta. Muhammad Shafee, 66, yang juga peguam bela bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi. Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa menerima wang hasil aktiviti…










