PUTRAJAYA 5 Sept. – Mohd Azhar Che Mat Dali yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik Menteri Pertahanan di hadapan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Mohd Azhar mencetus keraguan kerana melangsaikan hutangnya berjumlah RM800,000 melalui sumbangan orang ramai dalam tempoh yang singkat. Selain beliau, 22 yang lain turut mengangkat sumpah ialah tiga setiausaha politik kepada Perdana Menteri iaitu Muhammad Zahid…










