KUALA LUMPUR 8 Sept.-Calon Pakatan Harapan (PH), Halimey Abu Bakar berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini selepas memperoleh 13,725 undi. Kemenangan Halimey itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK DUN Seri Setia Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zaini kira-kira pukul 9 malam ini. Walau bagaimanapun Halimey hanya mencatatkan majoriti 4,027 undi, jauh berbeza dengan majoriti yang diperolehi penyandang kerusi berkenaan, Allahyarham Prof.…










