Serena ceburi dunia perniagaan fesyen - Utusan Malaysia

Serena ceburi dunia perniagaan fesyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAS VEGAS 15 Sept. – Serena Williams semakin serius terjun ke dunia perniagaan fesyen apabila membuat penampilan dalam perhimpunan ahli perniagaan dan perdagangan di sini hari ini.

Bercakap mengenai perniagaan bersama keluarganya itu dalam satu temubual selama 25 minit di atas pentas, pemain berusia 36 tahun ini bagaimanapun hanya sedikit sahaja bercakap tentang dunia tenisnya yang baru-baru ini yang diulit kontroversi kerana bertengkar dengan pengadil perlawanan sehingga dikenakan tiga kali amaran sebelum tewas dalam final Terbuka Amerika Syarikat (AS) kepada pemain muda Jepun, Naomi Osaka.

“Saya melakukan apa yang sepatutnya saya percaya saya perlu lakukan terutama jika ia boleh menjejaskan masa depan dan memberi kesan kepada ramai orang pada masa akan datang,” katanya ketika menjawab soalan tentang pengadilan berat sebelah membabitkan gender.

Selebihnya, Serena lebih banyak bercerita tentang dunia perniagaan fesyen.

Serena yang sudah pun mempunyai jaringan perniagaan fesyennya sendiri menasihatkan ahli perniagaan supaya menilai keperluan perniagaan masing-masing – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN