Seorang tentera maut elak kerbau di LPT2 - Utusan Malaysia

Seorang tentera maut elak kerbau di LPT2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU 10 Sept. – Seorang anggota tentera maut manakala empat rakannya cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas ketika cuba mengelak seekor kerbau di Kilometer 409.7, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) hari ini.

NUR SHAHRUL ROMLI
NUR SHAHRUL ROMLI

Dalam kejadian pada ki­ra-kira pukul 5 pagi berhampiran susur keluar Plaza Tol Ajil, di sini Nur Shahrul Romli, 21, yang bertugas di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Empat rakannya yang juga anggota tentera, Mohd. Fazrin Mohd. Aini, 23; Muhammad Aiman Abd. Wahab, 21; Wan Muhammad Firdaus Wan Yahya, 21 dan Muhamad Hasnu Nawawi, 23, pula mengalami kecederaan.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke Kem Syed Sirajuddin, Gemas selepas bercuti di Kota Bahru, Kelantan.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Waja yang dipandu oleh Nur Shahrul cuba mengelak seekor kerbau yang berada di hadapannya sebelum hilang kawalan dan terbabas.

“Kereta itu terhumban ke dalam parit di tepi lebuh raya sedalam kira-kira 0.91 meter dan remuk te­ruk,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera telah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital yang sama untuk rawatan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN