SEREMBAN 3 Sept. – Seorang pegawai khas yang bertanggungjawab untuk memberi penjelasan mengenai cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kepada orang ramai akan dilantik di setiap negeri. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, individu yang dilantik itu nanti merupakan seorang pakar percukaian yang akan membantu memberi penjelasan lengkap mengenai SST. “Pegawai tersebut akan dilantik selain daripada pengarah dan merupakan pakar dalam sistem percukaian tersebut. “Kita tidak perlukan ramai pegawai kerana bimbang…










