SERIAN 25 Sept. – Seorang lelaki maut, manakala tiga lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 76, Jalan Kuching-Sri Aman di sini pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.10 pagi itu, mangsa, Thomas Inggol Unggau, 42, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang merupakan penumpang hadapan kereta jenis Proton…










