PUTRAJAYA – Senarai barangan pada Panduan Mengenai Kadar Cukai Jualan Untuk Pelbagai Barangan bagi pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan disemak dan dipinda sehingga hujung tahun ini. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ini kerana senarai barangan tersebut adalah bersifat dinamik dan organik yang mana kajian berterusan akan dilakukan bagi menentukan impak kepada kutipan hasil kerajaan dan kesejahteraan rakyat. “Buat masa ini senarai tersebut kita gunakan sebagai asas rujukan,…










