BANGKOK 25 Sept. – Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara antara empat hingga enam tahun terhadap sembilan lelaki dari selatan Thailand kerana terlibat dalam plot untuk mengebom tempat strategik di Bangkok dua tahun lalu dalam ‘kes budu’ seperti yang digelar oleh media tempatan. Lima lagi lelaki yang menghadapi tuduhan yang sama dibebaskan setelah Mahkamah Jenayah membuat keputusan membatalkan tuduhan terhadap mereka. Menurut mahkamah, lapan lelaki dijatuhi hukuman empat tahun penjara…










