KUALA LUMPUR 5 Sept. – Warisan silat bukan sahaja dapat dipamerkan dalam bentuk pergerakan atau pertunjukan malah seninya juga boleh diekspresikan melalui lukisan sebagai wadah untuk menyebarkannya. Sebanyak 26 keping potret dipamerkan dalam Pameran Silat Ilmu Warisan yang diadakan bermula hari ini hingga 20 September nanti di galeri milik pelukisnya, Raja Azhar Idris. Pameran lukisan oleh Raja Azhar diinspirasi menerusi tontonan dalam setiap pertunjukan silat yang dihadirinya lalu mencetus idea…










