KETUA Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengharapkan impak positif skuad bawah 23 tahun (B-23) pada Sukan Asia 2018 dapat memberikan motivasi buat barisan kendaliannya untuk mengharungi dua aksi persahabatan antarabangsa. Bagi menghadapi kedua-dua aksi tersebut, Cheng Hoe membawa masuk lapan pemain skuad B-23 negara. Harimau Malaya bakal memulakan aksi persahabatan menentang Taiwan di Stadium Municipal, Taipei City hari ini sebelum berdepan Kemboja di Stadium Nasional Sports Complex Isnin depan.…










