Konsert Semalam Di Malaya yang bakal dipersembah di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur pada 15 dan 16 September ini selari dengan jiwa merdeka yang sedang membara dalam diri setiap rakyat Malaysia. Menggabungkan gemersik suara empat penyanyi hebat, Liza Hanim, Aishah, Rachel Guerzo Trio dan Musly Ramlee, konsert ini akan dipimpin oleh konduktor dan pengarah muzik, Ahmad Muriz Che Rose. Berbicara soal pemilihan penyanyi, Ahmad Muriz berkata, keempat-empat penyanyi dipilih…










