LANGKAWI 9 Sept. – Semua pihak sama ada pengamal media atau pengguna laman sosial perlu bertanggungjawab dan menggunakan peluang kebebasan bersuara dengan sebaik-baiknya. Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata, walaupun kerajaan mengamalkan keterbukaan bersuara namun pengamal media khususnya perlu memastikan berita yang disampaikan tidak menggangu-gugat mana-mana pihak. Tegasnya, beliau menyambut baik kebebasan tersebut namun mengingatkan semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu. “Kita mengalu-alukan keterbukaan tersebut tetapi…










