Golongan pelajar perlu mempunyai semangat patriotik dan jiwa Malaysia yang kental bagi mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang ancaman yang boleh menjejaskan keamanan serta kemerdekaan yang kita nikmati ketika ini. Pengarah Kolej Vokasional Setapak, Ruslan Zainudin berkata, sekiranya setiap pelajar mempunyai semangat cinta akan negara yang tinggi dan sanggup berkorban mempertahankan kedaulatan, maka tiada siapa yang dapat mengganggu gugat keharmonian Malaysia. “Oleh itu, bersama-sama kita hayati tema sambutan Bulan Kebangsaan, Sayangi…










