Selangor hadkan umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun - Utusan Malaysia

Selangor hadkan umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 5 Sept. – Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (Pindaan 2018) untuk meningkatkan had umur minimum perempuan berkahwin di negeri ini daripada 16 tahun ke 18 tahun.

RUU itu juga bertujuan untuk memperkemas tatacara permohonan kebenaran berkahwin melibatkan pasangan di bawah umur 18 tahun.

RUU itu diluluskan selepas bacaan ketiga dan mendapat sokongan sebulan suara daripada semua Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dalam sidang DUN di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini