SHAH ALAM 5 Sept. – Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (Pindaan 2018) untuk meningkatkan had umur minimum perempuan berkahwin di negeri ini daripada 16 tahun ke 18 tahun. RUU itu juga bertujuan untuk memperkemas tatacara permohonan kebenaran berkahwin melibatkan pasangan di bawah umur 18 tahun. RUU itu diluluskan selepas bacaan ketiga dan mendapat sokongan sebulan suara daripada semua Ahli Dewan…










