KUANTAN 1 Sept. – Selangor akhirnya menamatkan kemarau kemenangan dalam saingan Piala Malaysia musim ini apabila menewaskan Pahang 3-1 bagi aksi kelima Kumpulan D di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi. Red Giants membuka jaringan seawal minit ketujuh menerusi jaringan penyerang sensasi dari Sepanyol, Rufino Segovia namun tuan rumah kembali menyamakan kedudukan hasil sepakan bebas menarik pemain tengah, Muhammad Safuwan Baharudin di luar kotak penalti pada minit ke-31. Bersambung babak kedua,…










