Kompleks Hutan Belum-Temenggor merupakan Hutan Hujan Tropika yang terbesar dan penting di Semenanjung Tanah Melayu. Kompleks hutan yang terletak di kawasan Hulu Perak bersempadan dengan Thailand seluas lebih kurang 300,000 hektar (ha) dipercayai berusia lebih daripada 130 juta tahun dan merupakan antara hutan hujan tropika yang tertua di dunia. Hutan ini dilaporkan lebih tua daripada hutan hujan Amazon dan Congo. Kawasan ini juga diiktiraf kerajaan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar…










