Teriakan ‘Ayah! Ayah!’ yang kedengaran bersahut-sahutan menukar suasana di pekarangan Balai Pergerakan Udara di Pangkalan Udara Subang, Selangor kelmarin menjadi hiba. Sambil mengalirkan air mata, anak-anak kecil ini mendepakan tangan mengharapkan dakapan terakhir daripada bapa atau ibu mereka. Mereka ialah anak-anak anggota tentera yang terpaksa berpisah dengan bapa atau ibu yang menggalas tanggungjawab sebagai tentera pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lebanon (UNIFIL) selama setahun. Bersisa kira-kira dua…










