ALOR SETAR 16 Sept. – Dua lelaki yang merupakan sekretariat jawatankuasa pemilihan PKR di negeri ini direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan terhadap kes rasuah menjelang pemilihan parti. Reman terhadap kedua-dua mereka yang berusia 48 dan 46 tahun dikeluarkan Majistret Mohd. Hadi Hakimi Harun di Mahkamah Majistret di sini. Terdahulu, dua lelaki terbabit tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 9.45 pagi dengan diiringi pegawai…









