Sekolah paksa pelajar makan berdiri - Utusan Malaysia

Sekolah paksa pelajar makan berdiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HENAN, China – Sebuah sekolah tinggi di sini mengundang kritikan banyak pihak apabila pihak pengurusan sekolah itu mengambil keputusan tidak lagi menyediakan kerusi kepada pelajarnya yang mahu makan di kantik sekolah.

Peraturan itu dilaksanakan bagi menggalakkan pelajar makan dengan lebih cepat dan mempunyai banyak masa untuk belajar.

Menurut jurucakap Sekolah Tinggi Shangqiu, setiap pelajar perlu makan secara berdiri dan pengurusan sekolah merasakan masa yang sebaiknya diperuntukkan untuk makan pada waktu rehat adalah 10 minit.

“Jika terdapat kerusi, pelajar akan duduk lebih lama, selain menghabiskan masa bersembang dengan kawan-kawan,” kata jurucakap itu.

Tindakan sekolah itu dikatakan diinspirasikan daripada peraturan yang diamalkan oleh sebuah sekolah tinggi di negara itu yang menggunakan cara ketenteraan bagi melatih dan membentuk disiplin pelajarnya.

Di sekolah tersebut, terdapat kelas yang dimulakan seawal pukul 5.30 pagi.

Walaupun mempunyai peraturan tegas, sekolah terbabit masih menyediakan meja makan di ruang makan kantin.–WWW.ODDITYCENTRAL.COM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN