Sebatan syariah tidak selari dengan Islam - Lawyers for Liberty - Utusan Malaysia

Sebatan syariah tidak selari dengan Islam – Lawyers for Liberty

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Lawyers for Liberty (LFL) mendakwa pelaksanaan hukuman sebatan syariah terhadap dua wanita yang dilakukan oleh Mahkamah Syariah Terengganu kerana terlibat dengan hubungan sejenis tidak selari dengan cara Islam berkembang di negara ini.

Pengarah Eksekutif LFL, Latheefa Koya berkata, hukuman tersebut juga tidak mencerminkan ajaran Islam yang sebenar di mana ajarannya menekankan konsep rahmat serta perlindungan privasi kepada individu.

“Hukuman yang merendahkan dan memalukan itu sebenarnya bukan Islam kerana walaupun dengan orang-orang yang berdosa Islam menekankan kepada konsep rahmat dan perlindungan privasi individu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hukuman ini tidak sesuai dengan cara Islam yang sedang berkembang di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam dua wanita dikenakan hukuman sebat setelah mereka mengaku bersalah kerana cuba melakukan hubungan sejenis.

Pesalah pertama yang berusia 32 tahun disebat kira-kira pukul 10.11 pagi manakala pesalah kedua pada pukul 10.16 pagi. Masing-masing dikenakan enam sebatan selain denda RM3,000. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini