KUALA TERENGGANU 3 Sept. – Hukuman sebat ke atas dua wanita selepas mereka mengaku bersalah kerana cuba melakukan hubungan seks sejenis yang dijalankan di hadapan khalayak umum dalam kamar Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini mengikut prosedur ditetapkan. Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Terengganu (PPST), Fazru Anuar Yusof berkata, hukuman enam sebatan itu dilaksanakan mengikut kaedah dan peruntukan di bawah Seksyen 125, Enakmen 5, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah(Terengganu) 2001…










