KOTA BHARU 8 Sept. – Pas menyanggah pendirian Kerajaan Pusat melalui kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa hukuman sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu ke atas dua pesalah wanita kerana kesalahan lesbian sebagai memberi gambaran buruk terhadap Islam. Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, semua pihak perlu akur hakikat meskipun undang-undang Syariah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, itu tidak menjadikan kepentingan dan kredibilitinya lebih rendah…










