BUKAN mahu mendamba publisiti, namun situasi yang sedang dihadapi pelakon berbakat, Noorkhiriah kini umpama ditelan mati emak, diluah mati bapa. Dia dihambur pelbagai pandangan usai berkongsi gambarnya memakai bulu mata palsu di Instagramnya baru-baru ini. Malah, tanpa sengaja dia turut menulis kapsyen memakai bulu mata palsu kerana ingin nampak cantik. Bagaimanapun, sejurus menerima pelbagai kritikan, dia terpaksa memadam kapsyen tersebut dan menutup ruangan komen pada gambar berkenaan. “Saya sedar khilaf…











