KUALA LUMPUR 15 Sept. – Penyerang bawah 19 tahun (B-19) negara Hadi Fayadh Abdul Razak bakal diterbangkan sekali lagi ke Jepun minggu depan untuk menjalani latihan bersama kelab Fajiano Okayama di Okayama bermula 19 hingga 23 September ini. Kelab yang beraksi dalam divisyen 2 Liga Bola Sepak Profesional Jepun itu telah menghantar surat rasmi bagi mempelawa Hadi untuk menjalani latihan bersama skuad utama mereka. Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah Urusan…









