Sasar Tabika Kemas guna 50 peratus bahasa Inggeris - Utusan Malaysia

Sasar Tabika Kemas guna 50 peratus bahasa Inggeris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 8 Sept. – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris sehingga 50 peratus di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) jabatan itu di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Amiruddin Ariffin berkata, pada masa ini penggunaan bahasa tersebut di Tabika Kemas adalah antara 20 hingga 30 peratus.

“Sasaran kita adalah sehingga mencapai 50 peratus bahasa Inggeris digunakan dalam perbualan harian dan pembelajaran.

“Kita akan tambah latihan untuk guru-guru dan galakkan bahasa itu digunakan supaya sasaran tersebut boleh dicapai,” katanya selepas Majlis Penutup dan Penyampaian hadiah Hari Potensi Kemas Peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Besar, Aminuddin Harun; Setiausaha Kerajaan negeri, Dr. Razali Ab. Malik dan Pengarah Kemas negeri, Mohd. Ali Hanafiah Abu Hassan.

Semalam Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R. Sivarasa berkata, kementerian tersebut akan memberi penekanan kepada usaha memperkasakan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan kanak-kanak Tabika Kemas.

Ujar beliau, sekiranya kanak-kanak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik, ia akan meningkatkan keyakinan mereka untuk bersaing di peringkat lebih tinggi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN