PUTRAJAYA 3 Sept. – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan kutipan lima pingat emas dalam World Firefighters Games 2018 di Chungju, Korea Selatan yang bermula dari 10 hingga 17 September ini. Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Mohammad Mentek berkata, sasaran itu disandarkan menerusi empat acara yang disertai kontinjen negara iaitu golf, boling, badminton dan bina badan. “Sebanyak 31 pegawai JBPM akan mewakili Malaysia dalam kejohanan…










