KUCHING – Kerajaan negeri Sarawak akan meraikan sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini secara tertutup di Dewan Undangan Negeri (DUN). Menteri Pelancongan, Kesenian, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sambutan peringkat negeri itu akan hanya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin negeri dalam satu jamuan malam. “Selain itu, kementerian juga turut menjemput ketua pelajar universiti, sekolah menengah dan rendah bagi memberikan peluang kepada mereka menghayati perjuangan serta pembentukan…








