Sarawak bakal terima tiga bas sel fuel hidrogen Mac 2019 - Utusan Malaysia

Sarawak bakal terima tiga bas sel fuel hidrogen Mac 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Tiga buah bas sel fuel hidrogen dijangka dapat digunakan bermula Mac tahun hadapan di Sarawak.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pendekatan itu sebagai salah satu cara dalam projek rintis kerajaan negeri  untuk membawa teknologi mapan seterusnya memberi manfaat kepada rakyat Sarawak dan negara.

Menurutnya, kerajaan negeri memberi peruntukan kepada Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) untuk membuat kajian lanjut.

“Kos penghasilan hidrogen dapat dikurangkan memandangkan sumber air yang banyak di Sarawak.

“Pada akhirnya, kos pengeluaran di Sarawak dapat dikawal sekali gus memberikan manfaat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara SEDC dan Foshan Feichi Automobile Manufacture Co. Ltd., China di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi SEDC, Tan Sri Abdul Aziz Husain, Pengurus Besar Foshan, Jiang Yong dan Pengarah Projeknya, Lu Yong.

MoU berkenaan ditandatangani Pengurus Besar SEDC, Soedirman Aini dan bagi pihak Foshan oleh Jiang Yong. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN