Sanggup belanja ribuan ringgit - Utusan Malaysia

Sanggup belanja ribuan ringgit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Rata-rata wanita Kelantan terutama yang berkerjaya sanggup membelanjakan wang puluhan ribu ringgit semata-mata untuk membeli barangan kemas yang akan dipakai semasa mereka keluar dari rumah.

Tinjauan Kosmo! Ahad mendapati setiap wanita Kelantan wajib memakai sekurang-kurangnya sebentuk cincin emas bertujuan untuk mening­katkan keyakinan diri semasa berurusan dengan pelanggan.

Lebih menarik, setiap wa­nita yang memakai kesemua barangan kemas tidak dikenakan zakat berbanding jika ia disimpan.

Seorang peniaga produk kosmetik di Jalan Long Yunus, Kota Bharu yang dikenali sebagai Ayu, 22, berkata, dia begitu teruja kerana mampu memiliki beberapa koleksi barang kemas seberat 300 gram bernilai RM50,000 ketika ini dalam bentuk gelang tangan, loket dan cincin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN