Sambutan Hari Malaysia berlangsung meriah - Utusan Malaysia

Sambutan Hari Malaysia berlangsung meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 16 Sept. – Sambutan Hari Malaysia yang diadakan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini berlangsung meriah dan penuh warna warni dengan perarakan 69 kontinjen mewakili pelbagai badan kerajaan dan unit beruniform.

Seramai 2,277 peserta mengambil bahagian seperti kontinjen Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Pejabat Tanah dan Galian serta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. 

Perarakan yang bermula pada pukul 8.30 pagi itu dirasmikan oleh Tengku Kaya Perkasa, Datuk Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hadir sama Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad dan Panglima Briged Kelapan Infantri, Brigadier Jeneral Muhammad Huzaimi Sabri.

Majlis turut diserikan dengan perarakan masuk Jalur Gemilang, bendera negeri Kelantan dan bendera warna-warni yang diketuai oleh Mejar Mohd. Faizal Azizan daripada Batalion ke-21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). 

Perarakan masuk itu juga turut diiringi persembahan tambor daripada gabungan anggota Batalion ke-16 RAMD dan 5 Rejimen Renjer Diraja diketuai oleh Pegawai Waran II, Khairul Anuar Osman. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini