SHAH ALAM – Polis Selangor memperkenalkan talian hotline, 012 600 9999 bagi memudahkan orang ramai untuk melaporkan kejadian jenayah di kawasan masing-masing agar pihak berkuasa boleh mengambil tindakan dengan segera. Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, selain menyalurkan kejadian jenayah, orang ramai juga boleh menyemak status aduan dan siasatan mereka menerusi talian tersebut. “Orang ramai boleh menyalurkan sebarang kejadian jenayah di kawasan mereka seperti kegiatan judi atau jenayah lain…










