Saleem semakin stabil, dipindahkan ke wad biasa - Utusan Malaysia

Saleem semakin stabil, dipindahkan ke wad biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Sept. – Vokalis kumpulan Iklim, Saleem, 57, dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas terbabit dalam satu kemalangan berhampiran rumahnya di Cheras, malam semalam.

Isterinya, Julia Bachok ketika dihubungi memberitahu, penyanyi tersebut telah dikeluarkan dari wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dipindahkan ke wad biasa Hospital Kajang.

“Ketika kejadian berlaku, saya tidak berada dengannya. Anak-anak yang menguruskan segala-galanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setahu saya, dia semakin stabil dan dimasukkan ke wad biasa,” ujarnya.

Terdahulu, motosikal yang ditunggang Saleem dilanggar dari arah belakang ketika dia keluar ke kedai berdekatan kediamannya untuk membeli barang.

Berdasarkan berita yang tular di media sosial sejak semalam, dikhabarkan keadaan Saleem parah apabila tulang rusuknya tertusuk paru-parunya.

“Saya enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. Saya mohon semua pihak mendoakan yang baik-baik sahaja,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini