KUALA LUMPUR 21 Sept. – Vokalis kumpulan Iklim, Saleem, 57, dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas terbabit dalam satu kemalangan berhampiran rumahnya di Cheras, malam semalam. Isterinya, Julia Bachok ketika dihubungi memberitahu, penyanyi tersebut telah dikeluarkan dari wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dipindahkan ke wad biasa Hospital Kajang. “Ketika kejadian berlaku, saya tidak berada dengannya. Anak-anak yang menguruskan segala-galanya. “Setahu saya, dia semakin stabil dan dimasukkan ke wad biasa,”…










