KAJANG – Penyanyi Saleem retak tulang rusuk kanan sehingga tertusuk ke paru-paru selepas motosikal jenis Yamaha 135LC yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta dalam kejadian di Bandar Mahkota Cheras di sini kelmarin. Vokalis kumpulan Iklim yang popular pada tahun 1980-an kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang dan artis itu dikatakan berada dalam keadaan separuh sedar tetapi stabil. Isteri Saleem, Julia Bachok (gambar) memberitahu, kemalangan pada pukul 4 petang itu berlaku tidak jauh dari rumah mereka dan ketika itu suaminya menunggang motosikal seorang diri. “Akibat perlanggaran itu, tulang rusuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya