KUALA LUMPUR 21 Sept. – Vokalis terkenal kumpulan Iklim, Saleem, 57, patah tulang rusuk apabila motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan di Kilometer 16 Lebuh Raya Grand Saga, Cheras, di sini semalam. Dalam kejadian pada kira-kira pukul 3.20 petang itu, Saleem atau nama sebenarnya, A.M Salim Abdul Majeed dan pemandu kereta terbabit yang tidak mengalami kecederaan datang dari arah Kajang menghala ke Cheras. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shari’at berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan disyaki berlaku apabila Saleem yang menunggang motosikal dari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya