KUALA LUMPUR 21 Sept. – Penyanyi utama kumpulan Iklim, Saleem cedera parah apabila motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan di Kilometer 16 Lebuh Raya Grand Saga di sini kira-kira pukul 3.20 petang semalam. Sumber memberitahu, siasatan awal mendapati semasa kejadian kedua-dua kenderaan itu dari arah Kajang menghala ke arah Cheras. “Saleem disyaki tidak menggunakan susur lorong motosikal khas sebaliknya meneruskan perjalanan menuju ke arah Plaza Tol Batu 11…










