Selepas 10 minggu bersaing di pentas program realiti Da’i musim keenam, kini hanya tinggal tiga orang pendakwah muda iaitu Muhammad Adam Muhibullah Abdullah (Da’i Adam), Haziq Safwan Norzaman (Da’i Haziq) dan Imran Mohd. Zaki (Da’i Zaki) yang bakal berentap bagi menentukan sang juara. Memiliki latar belakang pendidikan yang berbeza, ketiga-tiganya mempunyai peluang sama rata pada pentas akhir andai peluang yang diberi digunakan sepenuhnya oleh mereka. Menurut Murabbi Da’i musim ini,…










