KUALA TERENGGANU – Menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Penguasa Bomba Kuala Terengganu bukanlah satu tugas yang mudah bagi seorang wanita.
Namun, karisma ditonjolkan Rozizah Abni Hajar merupakan bukti kukuh bahawa kaum Hawa sememangnya layak menerajui posisi tersebut dan boleh diangkat sebagai hero.
Berdasarkan rekod, Rozizah merupakan wanita pertama yang dilantik untuk mengepalai balai kategori kelas satu (balai besar dan berisiko) di negeri Terengganu berkuat kuasa 2 Januari lalu selepas berkhidmat selama 28 tahun dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Wanita cekal itu telah memulakan kerjaya bersama JBPM Melaka selama 12 tahun sebelum ditukarkan ke Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur di Wakaf Tapai, Marang dan seterusnya dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Awam di JBPM Terengganu.










