KUCHING 25 Sept. – Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok pelbagai jenama dalam serbuan di sebuah stor penyimpanan di Jalan Stakan di sini hari ini. Menerusi Op Libas kira-kira pukul 10 pagi itu, sepasukan anggota PGA bersama pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga lelaki berusia 21 hingga 65 tahun. Komander Briged PGA Sarawak, Datuk Khaw Kok Chin berkata, hasil serbuan menemukan 71 kotak…










