Robot rampas pekerjaan manusia menjelang 2025 - Utusan Malaysia

Robot rampas pekerjaan manusia menjelang 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Robot akan mengambil alih 52 peratus tugas pekerjaan masa kini menjelang tahun 2025, peningkatan hampir dua kali ganda berbanding sekarang, demikian me­nurut kajian Forum Ekonomi Dunia (WEF) semalam.

Peningkatan pesat itu juga bakal memberikan ‘peranan baharu’ ke­pada manusia, namun mereka perlu me­ningkatkan kemahiran seiring dengan ‘gelombang peralihan’ tersebut yang akan mengubah cara manusia bekerja dengan mesin dan program komputer, kata WEF dalam satu kenyataan.

“Menjelang tahun 2025, lebih separuh tugas di tempat kerja akan dilakukan oleh mesin berbanding 29 peratus pada masa sekarang,” tambah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan dari Switzerland itu.

Pada masa yang sama, perubahan pesat dalam teknologi mesin dan pemprosesan komputer yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah, dijangka ‘mencipta 133 juta peluang pekerjaan baharu’ bagi menggantikan 75 juta pekerja yang akan hilang pekerjaan mulai dari sekarang hingga­ tahun 2022, demikian­ menurut ramalan WEF.

Berpangkalan di Geneva, WEF dikenali kerana menganjurkan persida­ngan tahunan di Davos, Switzerland yang dihadiri oleh individu kaya, ahli politik dan pemimpin perniagaan.

Laporan bertajuk The Future of Jobs 2018 itu meramalkan bahawa robot akan mengambil alih peranan manusia dalam bidang perakaunan, pengurusan pelanggan, perindustrian, pos dan kesetiausahaan.

Bidang pekerjaan yang memerlukan kemahiran manusia pula seperti jualan, pemasaran dan khidmat pelanggan bakal menyaksikan lebih banyak peluang terbuka di samping sektor e-dagang dan media sosial.

Bagaimanapun, cabaran besar adalah untuk melatih semula pekerja yang mana mereka juga tertekan untuk meningkatkan kemahiran terutama­nya dalam aspek kreativiti, pemikiran kritikal dan rundingan, demikian me­nurut kajian tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN