Rizam dilantik Ketua Pembangkang Selangor - Utusan Malaysia

Rizam dilantik Ketua Pembangkang Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Rizam Ismail dilantik sebagai Ketua Pembangkang Selangor yang baharu hari ini.

Pemasyuran itu diumumkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim sebelum Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor ke-14 dimulakan di sini hari ini.

Suee Lim berkata, pihaknya telah menerima surat pencalonan jawatan itu daripada Barisan Nasional (BN) Selangor pada 27 Jun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berharap semua ADUN dapat menerima pelantikan yang ditetapkan dan berharap ketua pembangkang baharu ini dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik serta tidak meletak jawatan,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, BN hanya memenangi empat kerusi iaitu Sungai Air Tawar oleh Rizam; Sungai Panjang (Imran Tamrin); Hulu Bernam (Datuk Rosni Sohar) dan Sungai Burong (Datuk Mohd. Shamsudin Lias). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini