KOTA KINABALU – Risiko kebakaran di perkampungan atas air dan kawasan setinggan di Sabah boleh dikurangkan melalui kesepakatan antara agensi berkaitan serta penduduk tempatan, kata Pengarah Bomba dan Penyelamat Sabah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (PKPjB), Mohd. Nordin Pauzi.
Kesepakatan dan penyelarasan pelbagai agensi adalah langkah pencegahan paling berkesan untuk mencegah kebakaran di kawasan seperti itu.
Diminta mengulas risiko tinggi kebakaran di 170 kawasan perkampungan atas air dan setinggan di seluruh Sabah.
”Berkaitan dengan perkampungan (atas) air, kita telah pun berbincang dengan kerajaan negeri. Kita berterima kasih kepada komitmen Timbalan Ketua Menteri Sabah (yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah), Datuk Jaujan Sambakong untuk melihat lebih mendalam isu ini.
“Isu ini perlu dikongsi bersama. Bukan soal kebakaran di kawasan rumah atas air sahaja tetapi juga isu penempatan haram, pendawaian elektrik secara haram dan juga masalah lain yang boleh menyumbang kepada faktor kebakaran,” katanya kepada pemberita pada majlis serah terima jawatan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah hari ini. – Bernama











