KUALA LUMPUR – Ringgit mengakhiri penurunannya selama tiga hari berturut-turut dengan dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini dalam keadaan kenaikan harga minyak dunia, kata seorang peniaga. Pada pukul 9 pagi, unit tempatan berada pada 4.1380/1420 berbanding 4.1390/1430 yang dicatatkan pada pukul 6 petang semalam. Seorang peniaga berkata sentimen dalam pasaran adalah positif selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus, kenaikan ketiganya…










